ASSALAMUAL'ALAIKUM W.B.T

Alhamdullillah..

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam yang telah memberi saya  peluang untuk menafaatkan unsur internet melalui lelaman ini untuk saya dapat menyampaikan hajat dan tujuan iklhas saya yang sekadar untuk berkhidmat secara kecilan demi masyarakat dan umat Islam terutama sekali di Singapura ini.

Saya ada menyediakan khusus dan latihan pengajian Al Quran secara tartil bagi semua peringkat usia secara umum. Khusus dan latihan pengajian Al Quran yang saya sajikan adalah yang mengikuti cara asli yang terdahulu sebagaimana yang telah saya dan juga ramai diantara orang-orang tua kita belajar mengaji dahulu, iaitu melalui perinsip 'dengar, ikut, dan ulang'.   Akan saya bimbing secara perseorangan hingga fasih, lancar dan betul bacaannya sebelum beralihnya ke ayat-ayat seterusnya. Semasa pengajian juga saya akan sekilas memberi pengetahuan tentang hukum-hukum tajwid, pengertian kalimah dan ayat, supaya mudah difahami dan ini hanya merupakan secara dasaran sahaja dan bukan secara terperinci dan mendalam kerana saya tidak menawarkan kelas ilmu tajwid dan tafsir disini.

Khusus dan latihan pengajian saya hanya tertumpu khas kepada Surah-Surah Terpilih dan Istimewa  dari amalan sunnah Rasullullah agar anda dapat menjadikan surah-surah itu sebagai amalan seumur hidup yang akan memberi pembacanya fadhilat yang besar dan banyak didunia dan akhirat. Dengan menguasai surah-surah tertentu ini, seperti Surah Hati Al Quran, Ibu Surah, Ibu Ayat, Surah   Kekayaan, Raja Surah, Pengantin Al Quran, Surah Penghalang Siksa Kubur dan Perisai Api Neraka dan sebagainya, tugas saya sebagai pembuka jalan untuk anda sudah tercapai kerana jika anda gigih dan berterusan untuk mengaji surah-surah terpilih ini, dengan sendirinya anda dapati bahawa anda sudah mampu khatam sendiri seluruh mushaf dengan yakin .

Kitab yang saya gunakan untuk menyampaikan ilmu ini adalah dengan kitab Iqrak/Muqaddam dan Al Quran(Rasm Uthmani).  Bagi kaedah khusus dan latihan pula mempunyai dua katogeri, pertama khas untuk kanak-kanak yang baru mula belajar mengaji dan yang kedua adalah untuk remaja dan dewasa. Untuk para remaja dan dewasa, khusus latihan bermula langsung dengan Kitab Al Quran dan bagi mereka yang masih buta huruf atau baru mula belajar mengaji, buku Iqrak juga turut dilampirkan seiringan pada latihan membaca surah-surah dari Al Quran. Khusus dan latihan ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa syarat kelayakan baik bagi mereka yang sudah tahu sedikit ataupun yang tidak pernah kenal huruf hijayah. Biarpun cara penyampaian saya secara asli tetapi saya mempunyai aturcara yang berkesan untuk membimbing anda dengan cara yang mudah dan cepat.

Dengan pengalaman mengajar dan membimbing ahli keluarga dan rakan-rakan, saya kini ingin memberi peluang dan kesempatan untuk khayalak umum yang mempunyai niat untuk mendekatkan diri dengan Al Quran Kitabullah Nur Karim, bolehlah hubungi saya bila-bila masa sahaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SEMUA KHUSUS DAN LATIHAN ADALAH PERCUMA!
 TIDAK DIKENAKAN SEMBARANG YURAN ATAU BAYARAN!

Khidmat saya benar ikhlas kerana Allah dan Rasul, supaya dimasa hadapan dapat menghadirkan Insan yang berjiwa Al Quran sebagai penyambung menghidupkan Ilmu Warisan Nabi, Insyallah "








WASSALAM



Tulus Ikhlas,
Abang Ramli